Berkuatkuasa hari ini, kerajaan mewartakan ordinan darurat kurungan kuasa-kuasa perlu, kurungan nombor dua 2021, khusus untuk memerangi aktiviti penghasilan dan penyebaran berita tidak benar.
Menurut perkara 4 kurungan satu ordinan tersebut, sebarang proses penghasilan berita tidak benar, sehingga menimbulkan ketakutan atau kebimbangan kepada orang awam, jika disabit kesalahan, boleh didenda tidak melebih RM100,000, atau penjara tidak melebihi tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.